Pengajian dan Penyelidikan Geosains di Malaysia

Pendidikan rendah

Ilmu geosains mula diterapkan dalam pendidikan sekolah rendah Tahun 3 melalui silibus Dunia Sains dan Teknologi melalui pengenalan jenis-jenis kandungan tanah kebun.

Pendidikan menengah

Ilmu geosains diajar melalui subjek Geografi seperti iklim, sumber semula jadi dan jenis-jenis batuan.

Pendidikan tinggi

Pra-universiti

Subjek Geografi bagi peperiksaan STPM mengandungi silibus berkaitan proses geomorfologi dan konfigurasi bentuk bumi.

Universiti Malaya

Pengajian ilmu geosains secara sistematik diperkenalkan melalui penubuhan Jabatan Geologi di Universiti Malaya pada tahun 1956. Asas penubuhan Jabatan ini di Universiti Malaya ialah untuk meneruskan pelaksanaan rancangan British bagi meneroka mineral-mineral di Tanah Melayu yang boleh dieksploitasi.

Universiti Kebangsaan Malaysia

Program Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula merupakan salah satu daripada 5 program terawal yang diperkenalkan pada awal penubuhan universiti itu pada tahun 1970. Dr. Tjia Hong Jin, seorang pensyarah geologi di Universiti Malaysia berwarganagera Indonesia dilantik menjadi Ketua Jabatan Geologi UKM yang pertama.

Pada tahun 1980. Dr. Ahmad Jantan menjadi anak Melayu pertama menjadi Ketua Jabatan Geologi bagi menggantikan Dr. Tjia.

Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu ialah satu-satunya universiti awam yang menawarkan pengajian geosains berkaitan marin.

Universiti Teknologi Petronas

Universiti Teknologi Petronas menjalankan pengajian dan pengajian dalam aspek geosains berkaitan carigali petroleum.

Universiti Malaysia Sabah

Universiti ini memfokuskan bidang geosains bagi rantau Borneo.